Monday 5 March 2012


Sekian lama menunggu kehadiran bantam gold,,,akhirnya inilah 2 pasang ayam bantam gold yang menjadi koleksi di mymyfarm,,,ayam masih muda,,,moga-moga hidupnya sempurna dan menjadi baka @ pembiak yang baik bagi memenuhi ruangan yang terdapat di mymyfarm,,,sekian lama mencari akhirnya ditemui dengan harga berpatutan meskipun lama sedikit menunggu kehadirannya....

Tuesday 17 January 2012

Setelah sekian lama bela ayam di tepi rumah dikawasan perumahan,,,akhirnya berjaya juga mencari tempat yang sesuai untuk membina sebuah reban yang agak selesa bagi ayam-ayam,,,kini reban tersebut terdapat 6 pintu yang didiami oleh ayam bantam, polish, mini cochin dan sutera,,,manakala ayam belanda coklat pula mempunyai tempat yang berasingan sedikit dari yang lain...inilah hasil yang diusahakan sendiri bagi memelihara ayam yang diminati,,,reban ini berjaya disiapkan pada akhir tahun 2011,,,kini ayam-ayam yang berada dikawasan perumahan dulu telah pun berpindah kesini...alhamulillah berjaya akhirnya...

Sunday 25 September 2011




Inilah induk ayam belanda coklat yang ada di mymy farm,,,moga-moga ianya dapat menjadi induk yang terbaik dan dapat memberi baka yang banyak dimasa-masa akan datang,,,insya'allah....Alhamdulillah kini ayam belanda ini telah pun ada bakanya,,,tapi bakanya tak mampu bertahan lama disebabkan permintaannya agak menggalakkan,,,kini saya terpaksa menyimpan sedikit anaknya untuk dijadikan baka...

Monday 5 September 2011

Alhamdulillah ayam belanda coklat, ayam sutera dan ayam bantam sudah mulai bertelur,,,insya'allah jika ada rezeki tak lama lagi dapatlah bakanya,,,makin bertambah banyaklah ayam di mymy farm...

Friday 8 July 2011





Bantam silver jantan





Bantam silver betina





Inilah induk ayam bantam sebright silver yang ada di mymy farm,,,kini ianya sudah bertelur dan telah ada bakanya,,,nampaknya baka ayam ini tidak mampu bertahan lama kerana anaknya selalu saja mendapat perhatian dan permintaan dari pemggemarnya,,,kalau kena pada gayanya tak berapa lama lagi baka ini akan mengeluarkan telurnya...inilah bakal pembiak untuk mymy farm...insya'allah jika ada rezeki...

Ayam jantan mini cochin yang sudah mula belajar berkokok,,,dibawah adalah kawanan mini cochin yang ada di mymy farm,,,mungkin tak lama lagi adalah bakanya,,,
Sepasang ayam polish yang baru tiba di mymy farm...mungkin ianya tidak seceria mana tapi sekurang-kurangnya dapat memenuhi hajat memelihara ayam polish...