Sunday 25 September 2011




Inilah induk ayam belanda coklat yang ada di mymy farm,,,moga-moga ianya dapat menjadi induk yang terbaik dan dapat memberi baka yang banyak dimasa-masa akan datang,,,insya'allah....Alhamdulillah kini ayam belanda ini telah pun ada bakanya,,,tapi bakanya tak mampu bertahan lama disebabkan permintaannya agak menggalakkan,,,kini saya terpaksa menyimpan sedikit anaknya untuk dijadikan baka...

Monday 5 September 2011

Alhamdulillah ayam belanda coklat, ayam sutera dan ayam bantam sudah mulai bertelur,,,insya'allah jika ada rezeki tak lama lagi dapatlah bakanya,,,makin bertambah banyaklah ayam di mymy farm...

Friday 8 July 2011





Bantam silver jantan





Bantam silver betina





Inilah induk ayam bantam sebright silver yang ada di mymy farm,,,kini ianya sudah bertelur dan telah ada bakanya,,,nampaknya baka ayam ini tidak mampu bertahan lama kerana anaknya selalu saja mendapat perhatian dan permintaan dari pemggemarnya,,,kalau kena pada gayanya tak berapa lama lagi baka ini akan mengeluarkan telurnya...inilah bakal pembiak untuk mymy farm...insya'allah jika ada rezeki...

Ayam jantan mini cochin yang sudah mula belajar berkokok,,,dibawah adalah kawanan mini cochin yang ada di mymy farm,,,mungkin tak lama lagi adalah bakanya,,,
Sepasang ayam polish yang baru tiba di mymy farm...mungkin ianya tidak seceria mana tapi sekurang-kurangnya dapat memenuhi hajat memelihara ayam polish...

Sunday 8 May 2011

Ayam belanda coklat (red bourbon) kesayanganku...mudah-mudahan dapat menjadi induk yang baik dan bakal pembiak yang banyak...
Ayam serama menjadi mainan anak-anak...sekadar memenuhi masa lapang mereka aje...
Ayam belanda untuk dijadikan mainan...bila dah sesuai bolehlah sembelih...simpan sedikit untuk buat baka...lain kali tak payah beli lagi bila nak makan daging ayam belanda...

Thursday 28 April 2011

Anak ayam bantam sebright silver baru beberapa hari tiba dari Pahang....mudah-mudahan membesar dengan sihat dan boleh dijadikan baka...
Anak sutera hitam yang sudah beberapa minggu dalam peliharaan,,,lambat sungguh ianya membesar tidak seperti sutera putih...lambat pun tak pa asalkan membesar dengan sihat...dapat dijadikan induk...
Anak mini cochin yang baru beberapa hari dalam peliharaan ku...harap-harap membesar dengan sempurna dan memberi keturunan yang banyak...Insya'allah...

Wednesday 27 April 2011

Ayam belanda coklat (red bourbon) dalam peliharaan ku yang kini menjangkau usia 3 bulan lebih...Insya'allah kalau ada rezeki lagi beberapa bulan dapatlah keturunannya...
Alhamdulillah,,,anak ayam sutera putih sudah 3 minggu dalam jagaan ku...